2 hari yang lepas cikgu 'terpilih' mengikuti satu bengkel anjuran kementerian pengajian tinggi (kpt). perkara yang paling menarik perhatian cikgu ialah jurang antara persepsi pensyarah dan industri dalam menilai pelajar yang berkualiti (walaupun perkara ni bukanlah satu yang mengejutkan pada cikgu).
menurut kajian yang dijalankan sejak lama dahulu, pihak industri memberikan penekanan yang sedikit saja kepada kelayakan atau kelulusan pelajar. apa yang paling penting bagi pihak industri ialah attitude atau sikap yang baik, keterampilan, dan kebolehan berkomunikasi. walaupun kajian sebegini telah lama dijalankan, tapi cikgu pelik kenapa dalam sistem pengajian masih menekankan kepada pencapaian akademik semata-mata. buktinya angka 60% penilaian berdasarkan peperiksaan akhir masih tidak diubah.
dalam hal ini, cikgu menyokong perlaksanaan penilaian kemahiran insaniah pelajar. walaupun masih terdapat banyak kelemahan, cikgu yakin ia dapat meningkatkan kualiti pelajar dengan syarat: (1) lebih banyak fleksibiliti dalam perlaksanaan komponen penilaian berterusan, (2) cikgu-cikgu diberikan pendedahan yang secukupnya tentang kepentingan KI, (3) cikgu-cikgu diberikan kursus untuk memahami apa itu KI dan cara perlaksanaan serta penilaian yang berkesan, dan (4) cikgu-cikgu perlulah bermotivasi dan mempunyai matlamat utk melahirkan pelajar yang berkualiti. jangan sampai KI hanya cantik di atas kertas saja, tapi perlaksanaannya hampa..
cikgu: bersedia utk transformasi