Thursday, August 16, 2012

seringkali cikgu dengar keluhan tentang sikap pelajar sekarang yang dah tak macam pelajar dulu. jika dulu pelajar amat takut kepada cikgu, tapi pelajar sekarang buat cikgu macam kawan-kawan saja. kalau dulu pelajar sampai dulu baru cikgu, sekarang pelajar sampai masa cikgu dah nak habis mengajar. kalau dulu pelajar tak berani tak siapkan kerja sekolah, sekarang pelajar tak kisah..tak hantar pun kerja sekolah.

nampaknya sebagai pendidik, cikgu kena akui generasi sekarang memang tak seperti generasi dulu. mungkin anda biasa dengar tentang generasi x dan generasi y. jadi pendekatan lama dah tak dapat digunapakai lagi ke atas generasi baru yang lebih sensitif dan sukakan perhatian (mungkin pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, manfaatkan fakta ini).

jika dulu pelajar takutkan cikgu dan dari takut timbul rasa hormat, tapi sekarang takut dan hormat adalah dua set rasa yang terpisah secara total. cikgu sekarang kena jadi cikgu yang dihormati bukan ditakuti lagi. gantikan rotan dengan roti (atau apa-apa perkara yang menyenangkan hati murid). dekatkan diri dengan mereka, jadi kawan mereka tapi dalam masa yang sama fahamkan mereka tentang batas-batas cikgu dan murid yang masih perlu mereka jaga. jika mereka gagal faham batas-batas tu kelak cikgu akan terasa seperti dipijak kepala.

model terbaik adalah apa yang disarankan oleh Islam iaitu gunakan sistem 7. tujuh tahun pertama manjakan, tujuh tahun kedua disiplinkan, tujuh tahun ketiga jadi kawan, selepas itu bebaskan..jika telah cukup didikan, inshaAllah bebas mereka bebas yang masih terikat pada batas syariat dan nilai ketimuran...


cikgu: suke belanja murid makan.

Sunday, August 12, 2012

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri. Alhamdulillah masih dapat kita menikmati saki baki malam yang penuh barakah inshaAllah. Tinggal beberapa hari lagi inshaAllah untuk kita terus menjadi pendidik. Pendidik yang mendidik jiwa kita sendiri agar sentiasa mengingati saat kembali kepadaNya.

Saat Aidilfitri makin hampir ni, saya teringatkan arwah Abah yang telah pergi 2 tahun yang lalu. Saya berkira-kira berapa lama sangat saya dikurniakan peluang untuk berbakti kepada Abah. Abah pergi masa usia saya mencecah 29 tahun. 28 tahun sebelum itu saya belum mampu membalas jasa Abah..saya bersekolah, kemudian ke universiti. Tamat belajar pada tahun 2009, 2010 saya mula bekerja, 8 bulan selepas itu Abah pergi.

Tapi jauh di sudut hati saya, saya yakin walau sejuta tahun saya diberikan peluang untuk berkhidmat kepada Abah, masih belum cukup untuk membalas jasanya. Pesanan seorang kawan beberapa hari selepas kehilangan Abah masih dalam ingatan saya: Jadilah sebaik-baik harta yang ditinggalkan iaitu anak soleh yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dia yang telah menyahut seruan Illahi.

Inilah jalan cerita yang ditulis Dia untuk hambaNya, dan jalan ini adalah yang terbaik.



Cikgu: Adik-adik yang masih ada ibu ayah, janganlah sia-siakan ruang waktu yang dikurniakan Illahi. Gunakanlah sebaiknya untuk berbakti kepada mereka, kerana entah mereka atau kita dahulu yang akan didaftar masuk ke alam barzakh.

Friday, August 10, 2012

kembali..

salam..sekian lama menyepi dari dunia maya. sekadar menyembunyikan diri akibat kalut hidup sebagai seorang cikgu. cikgu belum banyak pengalaman, masih banyak yang perlu dipelajari..selok belok untuk menjadi cikgu yang baik.

tapi definisi cikgu yang baik itu sendiri sebenarnya agak subjektif. dari perspektif cikgu-cikgu saya percaya definisi 'baik' tu adalah cikgu yang mentransmisikan sebanyak ilmu yang boleh kepada murid-murid, cikgu yang mengajar dengan penuh dedikasi dan integriti, berkorban apa saja demi murid-murid..seperti lilin yang membakar diri. tapi jangan cikgu terkejut jika ada murid yang mentafsirkan 'cikgu yang baik' sebagai cikgu yang memberikan banyak A.

Wednesday, January 26, 2011

kezaliman di tempat parkir

zalim maksudnya meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. contoh yang seorang ustaz pernah berikan ialah songkok. songkok tempatnya di kepala, tapi kalau kita letak kat lutut maknanya kita berlaku zalim. jadi kalau tempat parkir tu tempat orang cacat, tapi kita yang tak cacat letak kereta kat situ pun dikira zalim la jugak. berbaloi ke menjadi zalim hanya kerana sebuah tempat letak kereta?


cikgu: ingatkan diri sendiri

Monday, January 24, 2011

beza kelas pertama dengan kelas ekonomi

cikgu biasanya kalau naik kapal terbang, cikgu akan ambil kelas ekonomi saja sebabnya kelas tu yang paling murah. cikgu tak pernah lagi ambil kelas pertama sebab cikgu belum mampu. walaupun tak pernah tapi dari cerita kawan-kawan layanan di kelas pertama memang ada kelas..
tapi entri cikgu hari ni bukanlah pasal kelas-kelas yang ada dalam kapal terbang. biarlah mereka terbang dengan kelas-kelas yang mereka suka. yang cikgu nak ceritakan di sini ialah bezanya kelas ekonomi dan kelas pertama di sekolah.
cikgu tahu ramai di kalangan murid yang 'memilih' aliran ekonomi adalah mereka yang tercicir daripada aliran sains. pendek kata yang masuk ke aliran sains adalah intan-intan terpilih, sedangkan yang masuk ke aliran ekonomi adalah mereka yang 'ter'pilih aliran tersebut dek keputusan pmr yang tidak menjadikan mereka intan terpilih. jadinya mereka ni mungkin tidak berminat, tidak bermotivasi, dan mungkin merasa rendah diri kerana 'ter'pilih memasuki aliran ekonomi seolah-olah wujudnya stigma bahawa aliran sains itu 'kelas pertama' dan aliran ekonomi itu 'kelas ekonomi' a.k.a low class atau tak ada kelas langsung.
tapi sikap cikgu-cikgu ekonomi juga menyedihkan. ada yang tidak peduli dan mengajar sambil lewa dengan anggapan bahawa murid-murid yang mengambil ekonomi ni semuanya akan kerja kilang. bukankah sikap begini merugikan? jika di barat ilmu ekonomi amat dititik beratkan kerana mereka menyedari pentingnya ilmu ekonomi. malah cikgu-cikgu di barat menggunakan pelbagai pendekatan supaya kelas ekonomi menjadi lebih menarik. cikgu yakin dengan cara pengajaran yang betul dapat meningkatkan minat murid-murid terhadap ekonomi.


cikgu: sedang belajar..

Wednesday, January 5, 2011

cikgu ibarat lilin

cikgu ibarat lilin yang membakar diri menerangi kehidupan orang lain. tp berhati-hati sebab lilin tu jugak boleh menyebabkan kebakaran.

Friday, December 3, 2010

nilai sijilmu

2 hari yang lepas cikgu 'terpilih' mengikuti satu bengkel anjuran kementerian pengajian tinggi (kpt). perkara yang paling menarik perhatian cikgu ialah jurang antara persepsi pensyarah dan industri dalam menilai pelajar yang berkualiti (walaupun perkara ni bukanlah satu yang mengejutkan pada cikgu).
menurut kajian yang dijalankan sejak lama dahulu, pihak industri memberikan penekanan yang sedikit saja kepada kelayakan atau kelulusan pelajar. apa yang paling penting bagi pihak industri ialah attitude atau sikap yang baik, keterampilan, dan kebolehan berkomunikasi. walaupun kajian sebegini telah lama dijalankan, tapi cikgu pelik kenapa dalam sistem pengajian masih menekankan kepada pencapaian akademik semata-mata. buktinya angka 60% penilaian berdasarkan peperiksaan akhir masih tidak diubah.
dalam hal ini, cikgu menyokong perlaksanaan penilaian kemahiran insaniah pelajar. walaupun masih terdapat banyak kelemahan, cikgu yakin ia dapat meningkatkan kualiti pelajar dengan syarat: (1) lebih banyak fleksibiliti dalam perlaksanaan komponen penilaian berterusan, (2) cikgu-cikgu diberikan pendedahan yang secukupnya tentang kepentingan KI, (3) cikgu-cikgu diberikan kursus untuk memahami apa itu KI dan cara perlaksanaan serta penilaian yang berkesan, dan (4) cikgu-cikgu perlulah bermotivasi dan mempunyai matlamat utk melahirkan pelajar yang berkualiti. jangan sampai KI hanya cantik di atas kertas saja, tapi perlaksanaannya hampa..

cikgu: bersedia utk transformasi

Wednesday, June 23, 2010

refleksi diri

pernah tak kita diberitahu supaya berhati-hati dengan setiap pujian sebab pujian bisa melalaikan. kalau bangsa kita sendiri gagal berfungsi sebagai refleksi diri terbaik, kenapa tidak kita menjadikan bangsa lain sebagai cermin. kalau cermin sakti kita selalu mengatakan kita adalah yang terbaik, terulung, dan paling layak ada baiknya kita cuba menggunakan cermin yang lain. manalah tahu cermin sakti tu telah rosak.

Tuesday, June 1, 2010

Melayu kelas pertengahan

tak lama dulu cikgu hadir ke satu bengkel tentang dasar ekonomi baru (DEB) di ibu negara. bengkel ni mengumpulkan pakar2 tindakan afirmatif daripada pelbagai negara. dapatlah cikgu ilmu tentang perlaksanaan tindakan afirmatif yang dilaksanakan di negara-negara asing selain Malaysia. Boleh cikgu katakan kesemuanya mempunyai masalah masing-masing yang timbul di peringkat perlaksanaan dasar ni.
Bagi kes Malaysia, pembentang menerangkan tentang kejayaan DEB dengan menghasilkan golongan Melayu kelas pertengahan yang berjaya. tetapi agak ironi bila menyebutkan tentang kegagalan dan punca kegagalan DEB salah satunya adalah kerana dalam sistem pendidikan isu akses kepada dana pendidikan dan kemudahan pendidikan lebih dinikmati oleh anak-anak melayu kelas pertengahan ini - menafikan hak kepada golongan yang berpendapatan rendah yang sepatutnya menerima keutamaan sebagaimana melayu kelas pertengahan ini dulu. pada cikgu ini menimbulkan tanda tanya tentang melayu kelas pertengahan bagaimana yang telah DEB lahirkan.
cikgu tak kata semua melayu kelas pertengahan mengambil sikap begini, memang ada yang berjaya dan berdikari, malah menunaikan tanggungjawab kepada masyarakat. tetapi tak boleh juga kita katakan kes-kes sebegini adalah kes terpencil. semasa cikgu menuntut cikgu perhatikan memang ramai yang cikgu rasakan berkemampuan untuk menanggung perbelanjaan pendidikan sendiri tapi mendapat pembiayaan daripada kerajaan. jadi kita ini telah melahirkan golongan kelas pertengahan yang berjaya tetapi tidak berdikari dan masih meminta-minta. yang paling sedih sekali melayu yang berpendapatan rendah dinafikan hak mereka. kalau begini sampai bila-bilapun mereka akan kekal dalam golongan berpendapatan rendah.
cikgu minta maaf kalau ada yang tersinggung, tapi cikgu kesal. mereka ini telah berjaya dengan dasar yang dilaksanakan untuk menolong orang melayu, tapi tidak memulangkan semula hasil kejayaan tu kepada orang Melayu, khasnya, dan masyarakat Malaysia umumnya.

cikgu: suka lagu Pulangkan ;-)

Wednesday, April 14, 2010

musim-musim di Malaysia

kalau orang tanya sekarang musim apa kat Malaysia, jawapannye musim buang bayi. ini bukan cobaan, tapi betul-betul kejadian. sorang pegawai jabatan kebajikan masyarakat pernah sebut tentang musim-musim bayi-bayi luar nikah ni dilahirkan, antaranye 9 bulan lepas 31 ogos, 1 januari, dan krismas. tak hairan lah kan sebab pada hari-hari ni lah segala macam temasya dan pesta dianjurkan.

nampaknye selain kempen kena ada jugak langkah yang lebih proaktif. kalau dah tau bile punca pembuangan bayi ni berlaku elok la jugak rasanye dibanteras dari awal. contohnye tak payah la berpesta-pesta sana sini. ape kalau kita tak buat pesta-pesta ni kita tak maju ke?

cikgu: semoga Allah melimpahkan keampunan dan hidayahNya kpd semua orang-orang Islam. Amin.

Sunday, February 21, 2010

jom membaca

rakyat malaysia kurang membaca? cikgu rasa isu ni dah timbul lama dah dan cikgu tak terkejut dengan statistik yang diberi. cikgu memang rajin membaca, tapi cikgu suka membaca novel misteri dan membaca berita di internet. pada hemat cikgu biarlah kita didik anak-anak membaca apa yang disukai. contohnya orang-orang jepun didik anak-anak mereka minat membaca dengan komik. kita pula sayang sangat dengan duit, kalau nak keluar duit untuk beli buku bukan main liat, tapi kalau handbag beribu-ribu boleh pulak dibeli.

ps: cikgu pakai beg plastik je hehe.

Monday, February 15, 2010

Sunday, January 31, 2010

jangan komplen

resam manusia, kalau panas komplen, kalau hujan pun komplen
bila kita nak belajar bersyukur dengan apa yang ada
nasihat cikgu jangan komplen
walau halangan di hadapan macam tak larat nak tengok
jangan komplen, buat kerja
Melayu mesti kiasu kata Pak Ungku, itu cikgu masih ingat
kalau kita terus komplen, bila nak maju
kita maju kalau kita buat kerja
jadi berhenti komplen dan mulalah buat kerja dengan tekun
kalau nampak halangan di hadapan kita nak lari
bila kita nak maju
kita maju kalau kita anggap ia sebagai satu cabaran
jadi berhenti main lari-lari, pasang kuda-kuda
lawan satu satu..

Friday, January 1, 2010

beribu-ribu batu

10681 batu, 1508 minit, 2 benua, 1 destinasi


Selamat tahun baru 2010/1431H

Tuesday, November 17, 2009

kenangan 6 Mawar














16 tahun yang lalu..

Kelas: 6 Mawar
Tahun: 1993
Sekolah: SRK Sungai Buloh

terima kasih Cikgu Bob.

Monday, November 2, 2009

Kerjaku cikgu

kerja cikgu mengajar ABC
dan jugak one two three
cikgu kerja mendidik
walau gaji kecik
aku suke jadi cikgu..
dulu cikgu ajar aku
sekarang aku jadi cikgu
murid-murid itu dunia aku
aku suke jadi cikgu...
hidup cikgu!!