Showing posts with label ilmu putih. Show all posts
Showing posts with label ilmu putih. Show all posts

Thursday, August 16, 2012

seringkali cikgu dengar keluhan tentang sikap pelajar sekarang yang dah tak macam pelajar dulu. jika dulu pelajar amat takut kepada cikgu, tapi pelajar sekarang buat cikgu macam kawan-kawan saja. kalau dulu pelajar sampai dulu baru cikgu, sekarang pelajar sampai masa cikgu dah nak habis mengajar. kalau dulu pelajar tak berani tak siapkan kerja sekolah, sekarang pelajar tak kisah..tak hantar pun kerja sekolah.

nampaknya sebagai pendidik, cikgu kena akui generasi sekarang memang tak seperti generasi dulu. mungkin anda biasa dengar tentang generasi x dan generasi y. jadi pendekatan lama dah tak dapat digunapakai lagi ke atas generasi baru yang lebih sensitif dan sukakan perhatian (mungkin pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, manfaatkan fakta ini).

jika dulu pelajar takutkan cikgu dan dari takut timbul rasa hormat, tapi sekarang takut dan hormat adalah dua set rasa yang terpisah secara total. cikgu sekarang kena jadi cikgu yang dihormati bukan ditakuti lagi. gantikan rotan dengan roti (atau apa-apa perkara yang menyenangkan hati murid). dekatkan diri dengan mereka, jadi kawan mereka tapi dalam masa yang sama fahamkan mereka tentang batas-batas cikgu dan murid yang masih perlu mereka jaga. jika mereka gagal faham batas-batas tu kelak cikgu akan terasa seperti dipijak kepala.

model terbaik adalah apa yang disarankan oleh Islam iaitu gunakan sistem 7. tujuh tahun pertama manjakan, tujuh tahun kedua disiplinkan, tujuh tahun ketiga jadi kawan, selepas itu bebaskan..jika telah cukup didikan, inshaAllah bebas mereka bebas yang masih terikat pada batas syariat dan nilai ketimuran...


cikgu: suke belanja murid makan.

Sunday, August 12, 2012

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri. Alhamdulillah masih dapat kita menikmati saki baki malam yang penuh barakah inshaAllah. Tinggal beberapa hari lagi inshaAllah untuk kita terus menjadi pendidik. Pendidik yang mendidik jiwa kita sendiri agar sentiasa mengingati saat kembali kepadaNya.

Saat Aidilfitri makin hampir ni, saya teringatkan arwah Abah yang telah pergi 2 tahun yang lalu. Saya berkira-kira berapa lama sangat saya dikurniakan peluang untuk berbakti kepada Abah. Abah pergi masa usia saya mencecah 29 tahun. 28 tahun sebelum itu saya belum mampu membalas jasa Abah..saya bersekolah, kemudian ke universiti. Tamat belajar pada tahun 2009, 2010 saya mula bekerja, 8 bulan selepas itu Abah pergi.

Tapi jauh di sudut hati saya, saya yakin walau sejuta tahun saya diberikan peluang untuk berkhidmat kepada Abah, masih belum cukup untuk membalas jasanya. Pesanan seorang kawan beberapa hari selepas kehilangan Abah masih dalam ingatan saya: Jadilah sebaik-baik harta yang ditinggalkan iaitu anak soleh yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dia yang telah menyahut seruan Illahi.

Inilah jalan cerita yang ditulis Dia untuk hambaNya, dan jalan ini adalah yang terbaik.



Cikgu: Adik-adik yang masih ada ibu ayah, janganlah sia-siakan ruang waktu yang dikurniakan Illahi. Gunakanlah sebaiknya untuk berbakti kepada mereka, kerana entah mereka atau kita dahulu yang akan didaftar masuk ke alam barzakh.

Wednesday, January 26, 2011

kezaliman di tempat parkir

zalim maksudnya meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. contoh yang seorang ustaz pernah berikan ialah songkok. songkok tempatnya di kepala, tapi kalau kita letak kat lutut maknanya kita berlaku zalim. jadi kalau tempat parkir tu tempat orang cacat, tapi kita yang tak cacat letak kereta kat situ pun dikira zalim la jugak. berbaloi ke menjadi zalim hanya kerana sebuah tempat letak kereta?


cikgu: ingatkan diri sendiri

Tuesday, June 1, 2010

Melayu kelas pertengahan

tak lama dulu cikgu hadir ke satu bengkel tentang dasar ekonomi baru (DEB) di ibu negara. bengkel ni mengumpulkan pakar2 tindakan afirmatif daripada pelbagai negara. dapatlah cikgu ilmu tentang perlaksanaan tindakan afirmatif yang dilaksanakan di negara-negara asing selain Malaysia. Boleh cikgu katakan kesemuanya mempunyai masalah masing-masing yang timbul di peringkat perlaksanaan dasar ni.
Bagi kes Malaysia, pembentang menerangkan tentang kejayaan DEB dengan menghasilkan golongan Melayu kelas pertengahan yang berjaya. tetapi agak ironi bila menyebutkan tentang kegagalan dan punca kegagalan DEB salah satunya adalah kerana dalam sistem pendidikan isu akses kepada dana pendidikan dan kemudahan pendidikan lebih dinikmati oleh anak-anak melayu kelas pertengahan ini - menafikan hak kepada golongan yang berpendapatan rendah yang sepatutnya menerima keutamaan sebagaimana melayu kelas pertengahan ini dulu. pada cikgu ini menimbulkan tanda tanya tentang melayu kelas pertengahan bagaimana yang telah DEB lahirkan.
cikgu tak kata semua melayu kelas pertengahan mengambil sikap begini, memang ada yang berjaya dan berdikari, malah menunaikan tanggungjawab kepada masyarakat. tetapi tak boleh juga kita katakan kes-kes sebegini adalah kes terpencil. semasa cikgu menuntut cikgu perhatikan memang ramai yang cikgu rasakan berkemampuan untuk menanggung perbelanjaan pendidikan sendiri tapi mendapat pembiayaan daripada kerajaan. jadi kita ini telah melahirkan golongan kelas pertengahan yang berjaya tetapi tidak berdikari dan masih meminta-minta. yang paling sedih sekali melayu yang berpendapatan rendah dinafikan hak mereka. kalau begini sampai bila-bilapun mereka akan kekal dalam golongan berpendapatan rendah.
cikgu minta maaf kalau ada yang tersinggung, tapi cikgu kesal. mereka ini telah berjaya dengan dasar yang dilaksanakan untuk menolong orang melayu, tapi tidak memulangkan semula hasil kejayaan tu kepada orang Melayu, khasnya, dan masyarakat Malaysia umumnya.

cikgu: suka lagu Pulangkan ;-)

Wednesday, April 14, 2010

musim-musim di Malaysia

kalau orang tanya sekarang musim apa kat Malaysia, jawapannye musim buang bayi. ini bukan cobaan, tapi betul-betul kejadian. sorang pegawai jabatan kebajikan masyarakat pernah sebut tentang musim-musim bayi-bayi luar nikah ni dilahirkan, antaranye 9 bulan lepas 31 ogos, 1 januari, dan krismas. tak hairan lah kan sebab pada hari-hari ni lah segala macam temasya dan pesta dianjurkan.

nampaknye selain kempen kena ada jugak langkah yang lebih proaktif. kalau dah tau bile punca pembuangan bayi ni berlaku elok la jugak rasanye dibanteras dari awal. contohnye tak payah la berpesta-pesta sana sini. ape kalau kita tak buat pesta-pesta ni kita tak maju ke?

cikgu: semoga Allah melimpahkan keampunan dan hidayahNya kpd semua orang-orang Islam. Amin.