tak lama dulu cikgu hadir ke satu bengkel tentang dasar ekonomi baru (DEB) di ibu negara. bengkel ni mengumpulkan pakar2 tindakan afirmatif daripada pelbagai negara. dapatlah cikgu ilmu tentang perlaksanaan tindakan afirmatif yang dilaksanakan di negara-negara asing selain Malaysia. Boleh cikgu katakan kesemuanya mempunyai masalah masing-masing yang timbul di peringkat perlaksanaan dasar ni.
Bagi kes Malaysia, pembentang menerangkan tentang kejayaan DEB dengan menghasilkan golongan Melayu kelas pertengahan yang berjaya. tetapi agak ironi bila menyebutkan tentang kegagalan dan punca kegagalan DEB salah satunya adalah kerana dalam sistem pendidikan isu akses kepada dana pendidikan dan kemudahan pendidikan lebih dinikmati oleh anak-anak melayu kelas pertengahan ini - menafikan hak kepada golongan yang berpendapatan rendah yang sepatutnya menerima keutamaan sebagaimana melayu kelas pertengahan ini dulu. pada cikgu ini menimbulkan tanda tanya tentang melayu kelas pertengahan bagaimana yang telah DEB lahirkan.
cikgu tak kata semua melayu kelas pertengahan mengambil sikap begini, memang ada yang berjaya dan berdikari, malah menunaikan tanggungjawab kepada masyarakat. tetapi tak boleh juga kita katakan kes-kes sebegini adalah kes terpencil. semasa cikgu menuntut cikgu perhatikan memang ramai yang cikgu rasakan berkemampuan untuk menanggung perbelanjaan pendidikan sendiri tapi mendapat pembiayaan daripada kerajaan. jadi kita ini telah melahirkan golongan kelas pertengahan yang berjaya tetapi tidak berdikari dan masih meminta-minta. yang paling sedih sekali melayu yang berpendapatan rendah dinafikan hak mereka. kalau begini sampai bila-bilapun mereka akan kekal dalam golongan berpendapatan rendah.
cikgu minta maaf kalau ada yang tersinggung, tapi cikgu kesal. mereka ini telah berjaya dengan dasar yang dilaksanakan untuk menolong orang melayu, tapi tidak memulangkan semula hasil kejayaan tu kepada orang Melayu, khasnya, dan masyarakat Malaysia umumnya.
cikgu: suka lagu Pulangkan ;-)
No comments:
Post a Comment