Monday, January 24, 2011

beza kelas pertama dengan kelas ekonomi

cikgu biasanya kalau naik kapal terbang, cikgu akan ambil kelas ekonomi saja sebabnya kelas tu yang paling murah. cikgu tak pernah lagi ambil kelas pertama sebab cikgu belum mampu. walaupun tak pernah tapi dari cerita kawan-kawan layanan di kelas pertama memang ada kelas..
tapi entri cikgu hari ni bukanlah pasal kelas-kelas yang ada dalam kapal terbang. biarlah mereka terbang dengan kelas-kelas yang mereka suka. yang cikgu nak ceritakan di sini ialah bezanya kelas ekonomi dan kelas pertama di sekolah.
cikgu tahu ramai di kalangan murid yang 'memilih' aliran ekonomi adalah mereka yang tercicir daripada aliran sains. pendek kata yang masuk ke aliran sains adalah intan-intan terpilih, sedangkan yang masuk ke aliran ekonomi adalah mereka yang 'ter'pilih aliran tersebut dek keputusan pmr yang tidak menjadikan mereka intan terpilih. jadinya mereka ni mungkin tidak berminat, tidak bermotivasi, dan mungkin merasa rendah diri kerana 'ter'pilih memasuki aliran ekonomi seolah-olah wujudnya stigma bahawa aliran sains itu 'kelas pertama' dan aliran ekonomi itu 'kelas ekonomi' a.k.a low class atau tak ada kelas langsung.
tapi sikap cikgu-cikgu ekonomi juga menyedihkan. ada yang tidak peduli dan mengajar sambil lewa dengan anggapan bahawa murid-murid yang mengambil ekonomi ni semuanya akan kerja kilang. bukankah sikap begini merugikan? jika di barat ilmu ekonomi amat dititik beratkan kerana mereka menyedari pentingnya ilmu ekonomi. malah cikgu-cikgu di barat menggunakan pelbagai pendekatan supaya kelas ekonomi menjadi lebih menarik. cikgu yakin dengan cara pengajaran yang betul dapat meningkatkan minat murid-murid terhadap ekonomi.


cikgu: sedang belajar..

No comments:

Post a Comment