Thursday, August 16, 2012

seringkali cikgu dengar keluhan tentang sikap pelajar sekarang yang dah tak macam pelajar dulu. jika dulu pelajar amat takut kepada cikgu, tapi pelajar sekarang buat cikgu macam kawan-kawan saja. kalau dulu pelajar sampai dulu baru cikgu, sekarang pelajar sampai masa cikgu dah nak habis mengajar. kalau dulu pelajar tak berani tak siapkan kerja sekolah, sekarang pelajar tak kisah..tak hantar pun kerja sekolah.

nampaknya sebagai pendidik, cikgu kena akui generasi sekarang memang tak seperti generasi dulu. mungkin anda biasa dengar tentang generasi x dan generasi y. jadi pendekatan lama dah tak dapat digunapakai lagi ke atas generasi baru yang lebih sensitif dan sukakan perhatian (mungkin pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, manfaatkan fakta ini).

jika dulu pelajar takutkan cikgu dan dari takut timbul rasa hormat, tapi sekarang takut dan hormat adalah dua set rasa yang terpisah secara total. cikgu sekarang kena jadi cikgu yang dihormati bukan ditakuti lagi. gantikan rotan dengan roti (atau apa-apa perkara yang menyenangkan hati murid). dekatkan diri dengan mereka, jadi kawan mereka tapi dalam masa yang sama fahamkan mereka tentang batas-batas cikgu dan murid yang masih perlu mereka jaga. jika mereka gagal faham batas-batas tu kelak cikgu akan terasa seperti dipijak kepala.

model terbaik adalah apa yang disarankan oleh Islam iaitu gunakan sistem 7. tujuh tahun pertama manjakan, tujuh tahun kedua disiplinkan, tujuh tahun ketiga jadi kawan, selepas itu bebaskan..jika telah cukup didikan, inshaAllah bebas mereka bebas yang masih terikat pada batas syariat dan nilai ketimuran...


cikgu: suke belanja murid makan.

Sunday, August 12, 2012

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri. Alhamdulillah masih dapat kita menikmati saki baki malam yang penuh barakah inshaAllah. Tinggal beberapa hari lagi inshaAllah untuk kita terus menjadi pendidik. Pendidik yang mendidik jiwa kita sendiri agar sentiasa mengingati saat kembali kepadaNya.

Saat Aidilfitri makin hampir ni, saya teringatkan arwah Abah yang telah pergi 2 tahun yang lalu. Saya berkira-kira berapa lama sangat saya dikurniakan peluang untuk berbakti kepada Abah. Abah pergi masa usia saya mencecah 29 tahun. 28 tahun sebelum itu saya belum mampu membalas jasa Abah..saya bersekolah, kemudian ke universiti. Tamat belajar pada tahun 2009, 2010 saya mula bekerja, 8 bulan selepas itu Abah pergi.

Tapi jauh di sudut hati saya, saya yakin walau sejuta tahun saya diberikan peluang untuk berkhidmat kepada Abah, masih belum cukup untuk membalas jasanya. Pesanan seorang kawan beberapa hari selepas kehilangan Abah masih dalam ingatan saya: Jadilah sebaik-baik harta yang ditinggalkan iaitu anak soleh yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dia yang telah menyahut seruan Illahi.

Inilah jalan cerita yang ditulis Dia untuk hambaNya, dan jalan ini adalah yang terbaik.



Cikgu: Adik-adik yang masih ada ibu ayah, janganlah sia-siakan ruang waktu yang dikurniakan Illahi. Gunakanlah sebaiknya untuk berbakti kepada mereka, kerana entah mereka atau kita dahulu yang akan didaftar masuk ke alam barzakh.

Friday, August 10, 2012

kembali..

salam..sekian lama menyepi dari dunia maya. sekadar menyembunyikan diri akibat kalut hidup sebagai seorang cikgu. cikgu belum banyak pengalaman, masih banyak yang perlu dipelajari..selok belok untuk menjadi cikgu yang baik.

tapi definisi cikgu yang baik itu sendiri sebenarnya agak subjektif. dari perspektif cikgu-cikgu saya percaya definisi 'baik' tu adalah cikgu yang mentransmisikan sebanyak ilmu yang boleh kepada murid-murid, cikgu yang mengajar dengan penuh dedikasi dan integriti, berkorban apa saja demi murid-murid..seperti lilin yang membakar diri. tapi jangan cikgu terkejut jika ada murid yang mentafsirkan 'cikgu yang baik' sebagai cikgu yang memberikan banyak A.