Salam Aidilfitri. Alhamdulillah masih dapat kita menikmati saki baki malam yang penuh barakah inshaAllah. Tinggal beberapa hari lagi inshaAllah untuk kita terus menjadi pendidik. Pendidik yang mendidik jiwa kita sendiri agar sentiasa mengingati saat kembali kepadaNya.
Saat Aidilfitri makin hampir ni, saya teringatkan arwah Abah yang telah pergi 2 tahun yang lalu. Saya berkira-kira berapa lama sangat saya dikurniakan peluang untuk berbakti kepada Abah. Abah pergi masa usia saya mencecah 29 tahun. 28 tahun sebelum itu saya belum mampu membalas jasa Abah..saya bersekolah, kemudian ke universiti. Tamat belajar pada tahun 2009, 2010 saya mula bekerja, 8 bulan selepas itu Abah pergi.
Tapi jauh di sudut hati saya, saya yakin walau sejuta tahun saya diberikan peluang untuk berkhidmat kepada Abah, masih belum cukup untuk membalas jasanya. Pesanan seorang kawan beberapa hari selepas kehilangan Abah masih dalam ingatan saya: Jadilah sebaik-baik harta yang ditinggalkan iaitu anak soleh yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dia yang telah menyahut seruan Illahi.
Inilah jalan cerita yang ditulis Dia untuk hambaNya, dan jalan ini adalah yang terbaik.
Cikgu: Adik-adik yang masih ada ibu ayah, janganlah sia-siakan ruang waktu yang dikurniakan Illahi. Gunakanlah sebaiknya untuk berbakti kepada mereka, kerana entah mereka atau kita dahulu yang akan didaftar masuk ke alam barzakh.
No comments:
Post a Comment